tvR 'tiaraVillaRuby' - Artikel
ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22
Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar.
Anda
boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof
Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara
Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.
Ianya
merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang
Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut
kaca mata Islam berkenaan dengan isu peng-gunaan kalimah Allah.
Apa yang
dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi
menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.
Pertama,
kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama’ yang diiktiraf oleh ulama’-ulama’
seluruh DUNIA hendaklah di hormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau
jika dibandingkan dengan pendapat2 sesetengah ‘ustaz’ atau ulama’ mahupun
sesetengah golongan di Malaysia ini.
Yang
ke-2, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan
milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi
pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala
pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam.
Yang
ke-3, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertang-gungjawab
dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah
antara Kristian dan juga umat Islam.
Islam
sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di
dalam perperangan sekalipun.
Yusuf
Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia
Doha –
Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari ‘International Union for Muslim Scholars’
mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah
negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan
bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh keti-dak fahaman dan kejahilan,
bukanlah dari amalan orang Islam.
Serangan
terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz
‘Allah’ yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah
Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam.
Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata:

“Peristiwa-peristiwa
yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian
besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim.
Hakikatnya
umat Islam adalah umat yang berto-leransi. Al-Quran mengajarkan toleransi,
kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kese-mua umat manusia itu
adalah sama.
Beliau
menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas
petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagai-mana firman
Allah Taala:
(Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dika-langan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami . . .)
Justeru,
perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada
yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi
Muslim”.
Beliau
menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama
tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di DUNIA ini, tetapi
Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak
sebagaimana firman Allah Taala:
(Sekiranya
mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muham-mad) maka katakanlah
Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan
* Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikemba-likan).”
Dan
tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf
Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di
Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya
peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam
penterjemahan.
Beliau
berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada
Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi . . . Oleh itu lihatlah ayat pertama
Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada
surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Kata-kanlah (wahai
Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan
orang Muslim, bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan
juga Tuhan yang orang Arab sembah,” justeru beliau tertanya-tanya:
“Mengapa
orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah
‘Allah’ oleh Kristian) ?!”
Moga
perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah
Islam.
ustaz_engineer's blog


No comments:
Post a Comment